expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 22 Disember 2013

PERAMBAHAN BRUNEI



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak share tentang perambahan Brunei yang selalu digunakan dalam percakapan sehari-harian di Brunei. Tentu ada sesetengah orang yang belum tahu tentang perambahan Brunei. Ia hampir sama dengan simpulan bahasa ataupun perumpamaan tetapi perambahan Brunei menggunakan perkataan Brunei. ^^~


Amai Tangan : Suka menjangkau-jangkau sesuatu tanpa tujuan.
Contoh : Anak Mak Timah amai tangan jika berada di kedai.

Anak Aku-Akuan : Anak yang diangkat pada nama sahaja kerana mengambil sukut (tuah) tetapi masih dalam tanggungan ibubapa yang sebenarnya.
Contoh : Zaki adalah anak aku-akuan Pak Dolah sejak dari dia lahir.

Bakulat-kulat : Sentiasa berada di suatu tempat.
Contoh : Badrul sering bakulat-kulat di gerai mamak di seberang rumahnya.

Basah Karing : Bekerja dengan tidak mengenal penat dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Contoh : Pak Amir bekerja tanpa menghiraukan basah karing demi menyara keluarganya.

Cakap Inda Badinding-Dinding : Orang yang bercakap lancang mengenai seseorang atau sesuatu.
Contoh : Mak Tipah selalu cakap inda badinding-dinding ketika berbual-bual dengan kawan-kawannya.

Kalung Hati : Kurang selera makan atau minum kerana terkenang akan seseorang yang dikasihi.
Contoh : Suraya kalang hati kerana Absyar pergi ke luar negeri selama 3 tahun.

Kapir Malaun : Orang yang jahil tentang agama.
Contoh : Yusri itu kafir malaun kerana tidak tahu tentang agama.

Macam Menunggu Sungai Inda Baulu : Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba.
Contoh : Lela duduk macam menunggu sungai inda baulu di lapangan terbang.

Panas Tangan : Tidak dapat berjimat-cermat walaupun mempunyai pendapatan lumayan.
Contoh : Ikmal seorang yang panas tangan jika mendapat gajinya pada setiap hujung bulan dan habis begitu sahaja.

Bagi sesiapa yang ada namanya sama dengan nama yang aku tulis di atas, aku minta maaf, lah. Dah tak tau nak bagi nama apa lagi. Lagipun aku hanya pakai untuk memberi contoh sahaja... ^^~

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Sebab sedikit sebanyak dpt membantu. Kerana anak karang ani inda berapa tau kan bahasa perambahan. Mun ditanya inda bisdia belajar dsekolah. Yatah nda ku fhm.... zaman kmi daulu mesti dhafal.

    BalasPadam