expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 16 Disember 2013

MENU SIHAT UNTUK MEREKA YANG BERDIET



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi 2 menu yang sihat untuk mereka yang ingin berdiet. Kalau nak berdiet boleh, tapi jangan sampai tak makan apa-apa ataupun makan ubat pil kurus sehingga melebihi dosnya kerana ingin cepat kurus. Bukannya badan jadi kurus, tapi boleh membawa penyakit yang serius sehingga membawa maut. Jika nak berdiet pun, berdietlah dengan secara sihat. Kalau nak makan pil kurus pun, makanlah ikut peraturannya. Kalau korang merasa ragu-ragu dengan ubat kurus yang korang beli, lebih baik meminta nasihat doktor.


JUS TOMATO
Bahan-bahannya :
-         60ml air
-         10 ketul ais (jika suka)
-         2 hingga 3 biji tomato (dipotong)
-         1 sudu teh garam
Cara membuatnya

1.     Kisar tomato bersama air. Tapis dan ambil jusnya sahaja
2.     Tuangkan ke dalam gelas, kemudian tambah ais mengikut rasa.
3.     Taburkan sedikit garam di atasnya.


JUS LOBAK PUTIH
Bahan-bahannya :
-         100ml air
-         10 ketul ais (jika suka)
-         2 biji lobak putih (dipotong kecil)
-         1 sudu makan gula
Cara membuatnya :

1.     Masak gula hingga pekat. Biarkan ia sejuk sendiri.
2.     Bersihkan lobak putih kemudian kisar bersama ketulan ais.
3.     Tambah air gula secukup rasa. Hiaskan dan sedia untuk dihidangkan.


Macam mana ? Senang je kan resipi di atas. Kalau tidak suka minum jus tomato dan lobak putih, korang juga boleh buat jus sendiri dari buah-buahan yang korang suka. Contohnya buah apel ataupun buah oren. Cuma kisar buah yang korang suka. Tambah gula sedikit dan ais. Dah siap dan boleh diminum. Good Luck... ^^~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan