expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 25 Disember 2013

MAKANAN YANG KEKALKAN KESIHATAN & KECERGASAN MINDA



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi sikit tentang info sihat kepada semua. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.





 BERI BIRU

Penulis Superfoods RX : Fourteen Foods Proven to Change Your Life, Steven Pratt, menyifatkan makanan ini sebagai beri minda (brain berries). Menurut Pratt, dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa buah ini membantu melindungi otak daripada tekanan dan mengurangkan penyakit berkaitan dengan usia, seperti Alzheimer dan Dementia. Kajian juga berjaya membuktikan diet yang kaya dengan buah beri biru ini dapat memperbaiki kebolehan belajar dan kemahiran. Ini membuatkan tubuh lebih cergas dan sihat. Dicadangkan bahawa anda mengambil secawan beri biru setiap hari sama ada secara mentah, beku ataupun kering.





SALMON

Ikan laut dalam, misalnya ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega 3 amat baik untuk kecergasan otak. Ikan salmon mengandungi pepejal anti radang. Selain ikan salmon, ikan sardin dan herring juga turut kaya dengan asid lemak omega 3. Disarankan sejumlah 4 auns di dalam hidangan anda mengandungi makanan ini dan anda boleh mengambilnya sebanyak 2 atau 3 kali sehari.




KEKACANG & BIJI-BIJIAN

Makanan jenis ini kaya dengan sumber vitamin E dan ia merupakan sumber terbaik vitamin E. Pratt juga turut menjelaskan kadar vitamin E yang tinggi boleh membantu mengelakkan kemerosotan ingatan ketika usia semakin meningkat. Anda boleh memilih untuk menikmati Walnut, Hazelnut, Brazil Nut, Filberts, Badam, Gajus, Almond butter, Kuaci Bunga Matahari, Bijin dan Flax Seed. Anda juga boleh mengambil kekacang dan bijian yang telah diproses misalnya mentega kacang, mentega badam dan tahini. Pengambilannya boleh dipelbagaikan sama ada ambil secara mentah atau dipanggang, asalkan ia rendah kandungan sodium sudah memadai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan