Pasti ramai yang masih ingat apa yang terjadi pada tarikh hari ini kan. Hari ini telah genap 20 tahun runtuhnya Highland Tower. Runtuhan satu dari tiga blok ini turut memaksa 2 Blok yang lain ditutup sehingga hari ini kerana tidak selamat diduduki dan akan runtuh pada bila-bila masa sahaja.
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini dan hanya 2 orang sahaja yang terselamat iaitu pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. (Pasti sekarang baby itu sudah dewasa kan dan umurnya masuk 21 tahun). Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
Pihak
berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan Blok 3 tidak selamat diduduki
, akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti pindah ke lokasi lain. Tetapi
sehingga kini masih tidak roboh atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami
hari ini. Ia dibiarkan telah ditumbuhi semak samun menjadi mangsa sasaran laku
musnah. Jadi sebenarnya pakar geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat
bila dan di mana tanah runtuh akan berlaku. Semoga kejadian ini tidak akan
berulang pada masa hadapan.
Sekarang
Highland Tower telah menjadi tempat sarang penagih dadah dan tempat
manusia-manusia di luar normal melakukan pemujaan syaitan.
Marilah kita
sedekahkan surah Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban. Semoga
roh mereka aman dan semoga mereka termasuk di dalam golongan orang-orang yang
beriman. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan