1. Tetapkan Harinya
Sebaiknya dilakukan serta merta dengan menetapkan tarikh tertentu. Umpamanya :
- Tarikh lahir
- Tarikh hari perkahwinan
- Tarikh diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau
2. Dapatkan Sokongan
Berkongsi masalah dengan kawan yang merokok, seterusnya sama-sama membuat perancangan untuk berhenti merokok.
3. Buang Semua Rokok
Sehari sebelum berhenti merokok, sila buang rokok, pemetik api, tempat abu merokok dan perkara yang berkaitan dengannya.
4. Jimatkan Wang
Setiap hari, kumpulkan berapa banyak wang yang selalunya dihabiskan untuk rokok. Wang simpanan itu boleh disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat, umpamanya dibelanjakan untuk perbelanjaan bercuti ke luar negeri.
5. Beransur-Ansur Hari Ke Hari
Idea untuk tidak merokok buat selamanya adalah sangat menggerunkan. Hendaklah bertekad pada diri sendiri “Hanya untuk hari ini saya tidak akan merokok”. Dengan itu melatih pemikiran anda setiap hari.
6. Jangan Difikirkan
Bila berhenti merokok – tangan, mulut dan otak akan ‘ketagihan’, terutama sekali selepas makan dan semasa stres. Adalah penting tabiat merokok digantikan dengan aktiviti yang sihat seperti bersenam dan memakan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan segar bila rasa ketagihan merokok.
7. Ucapkan Terima Kasih, Saya Tidak Merokok
Bila dipelawa untuk merokok, katakan dengan penuh semangat “Terima Kasih Saya Tidak Merokok”.
8. Dapatkan Bantuan Profesional
Dapatkan bantuan profesional seperti doktor yang dapat memberi nasihat dan boleh mencadangkan Terapi Gantian Nikotin. Serta dapatkan bantuan keluarga dan kawan-kawan bagi sokongan moral.
9. Jaga Berat Badan
Kenaikan berat badan adalah lumrah selepas berhenti merokok, dengan ketiadaan nikotin yang mana fungsinya mengurangkan nafsu makan. Oleh itu disarankan agar bersenam selama 45 minit setiap hari.
10. Bila Gagal... Cuba Dan Cuba Lagi
Bila tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba dan terus mencuba. Ingatlah setiap batang rokok boleh memudaratkan kesihatan anda.
Katakan Tidak Pada Rokok... Say No To Smoking...
Selamat Berjaya... Good Luck... ^^~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan