expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 12 Disember 2013

DNA



As’salamualaikum... Hari ini aku nak kongsi sikit tentang DNA yang pernah aku baca kat buku. Tentu korang tahu apa itu DNA, kan. Bagi korang yang tak tahu, baca kat bawah. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya. ^^~


 Apa itu DNA ?
     
  •     DNA ialah singkatan bagi perkataan ‘Deoxyribonucleic Acid’. 
  •     Ia adalah bahan genetik asas yang terkandung di dalam semua sel hidup tubuh kecuali sel darah merah. 
  •     Ia dapat mengawal struktur dan fungsi bagi setiap komponen tubuh termasuk  iri-ciri fizikal yang ketara seperti mata dan warna rambut.     
  •     Setiap orang mempunyai corak DNA yang unik kecuali  kembar seiras (mempunyai DNA yang sama) 
  •     Ciri DNA diwarisi separuh daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. 
 
    Apa itu ujian paterniti ? 
    
    Kaedah termaju dan tepat yang boleh didapati untuk menyelesaikan asal usul atau keturunan bagi tujuan perubatan, undang-undang atau peribadi. Dengan kemajuan teknologi DNA, ujisn paterniti adalah tepat, cepat dan pada kos yang berpatutan dengan kuasa diskriminasi (atau ketepatan) 99.99%.

 Ujian paterniti boleh memastikan :-
  •      Siapa sebenarnya bapa kandung ? 
  •      Siapakah ibubapa bagi bayi yang dibuang ? 
  •      Siapakah ibubapa kandung bagi anak angkat ?

Apakah yang diperlukan untuk ujian ?   
  
  • Biasanya sampel darah digunakan untuk ujian. Walau bagaimanapun, kesatan buka (buccal swab) juga boleh digunakan.   
  • Sample daripada anak, ibu dan bapa yang disyaki adalah diperlukan.   
  • Sample perlu diambil, dibungkus dan diawet serta dihantar bersama-sama dokumen yang berkaitan supaya ia dapat memenuhi keperluan saintifik dan undang-undang. 
  • Penentuan paterniti juga boleh ditentukan dengan tepat walaupun dengan ketiadaan ibu, iaitu dengan membuat ujian ke atas anak dan bapa yang disyaki sahaja.  
  • Ujian DNA paterniti boleh dijalankan ke atas individu pada semua peringkat umur.

Rahsia keputusan ujian     
  •     Semua analisis dijalankan dalam persekitaran yang selamat di mana maklumat terperinci dan dokumen pelanggan dianggap rahsia.
  •     Disebabkan polisi yang ketat, keputusan ujian tidak akan diberikan melalui panggilan telefon faks.    
  •     Laporan penuh hanya boleh diserahkan kepada individu yang memohon untuk menjalankan ujian.

Lain-lain ujian DNA 
          
           - Ujian materniti
  •     Ujian DNA yang memberi kesimpulan berkaitan dengan ibu    
   - Ujian penentuan keturunan
  •     Menentukan sama ada seseorang itu adalah datuk/nenek sebenar kepada seseorang kanak-kanak 
- Ujian penentuan hubungan adik-beradik
  •     Menentukan perhubungan antara adik-beradik  
   - Ujian mengenalpastian identiti
  •     Menentukan jantina dan identiti mayat yang tidak dikenal pasti

Sumber-sumber DNA 
- Darah dan kesan darah
- Air mani dan kesan air mani
- Tisu
- Tulang dan organ
- Rambut/bulu yang mempunyai akar
  • Bahan-bahan yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi.

Macam mana ? Korang tertarik tak dengan info di atas. Aku pernah tengok dalam cerita Bones, bagi mengenal pasti siapa bapa kandung bagi bayi yang telah mati, Dr. Bones telah mengambil gula-gula getah yang telah dikunyah oleh lelaki yang disyaki itu. Sebab gula-gula getah itu mengandungi air liur lelaki itu. Selepas melakukan DNA, ternyata lelaki itu adalah bapa kepada bayi yang telah mati itu.

Bagi korang yang tidak pernah tengok cerita Bones, aku sarankan korang tengok cerita itu. Cerita Bones memang best. Aku tengok dari season 1 hingga season 9. Siap download lagi cerita itu sebab tak puas hati tengok kat tv. Tak rugi melihat cerita itu. Selain daripada dia mencari pembunuh dalam sesuatu pembunuhan, ia juga dapat mengajar kita tentang sains.

Aku pernah juga berangan-angan nak jadi macam Dr. Bones masa aku mula-mula tengok cerita ni. Tapi impian itu tak tercapai sebab english aku cukup-cukup makan saja. Sebab itu juga aku belajar dalam bidang bisnis. Ingat nak buka butik pakaian dan kedai kek satu hari nanti. Mudah-mudah juga impian aku ini tercapai. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan