expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 11 Disember 2013

MY FIRST BLOG



As’salamualaikum...
 
Sebenarnya ini adalah kali pertama aku membuat blog. Sudah lama aku ingin ada blog sendiri tapi baru sekarang ada kesempatan mempost 'My First Blog'. Tujuan aku membuat blog ini hanya sekadar untuk mengongsikan cerita. Sebab yang lain adalah kerana aku memang minat dalam bidang penulisan. Kat bawah aku ada buat biodata aku secara ringkas bagi orang yang ingin mengenali diri aku. (Chewah.. Macam orang nak pergi interview kerja pulak aku ne. Siap bagi biodata lagi. Sebenarnya aku tak tahu apa yang patut aku post untuk pertama  kali dalam blog aku ne. Hehe.. ^^~)

Nama : Nurul Suzana Bte Jali

(Aku lebih suka orang panggil aku Nurul ataupun Anna. Aku tak suka orang panggil aku dengan nama Zana. Sebab dalam islam, Zana ertinya zina. Sebenarnya pak cik aku dari sebelah keluarga bapa aku yang beri nama Suzana sebab dia suka dengan nama itu. Kadangkala aku rimas juga sebab nama aku selalu dikaitkan dengan pelakon seram Indonesia iaitu Suzanna.^^~)

Tarikh Lahir : 7 September 1990 (Sekarang dah masuk 23 tahun.)

Tempat Tinggal : Di Brunei (Korang cari dalam map nanti ye.)

Warna Kesukaan : Putih, Biru, Hijau & Hitam

Hobi :
-          - Melukis (Asal bosan, tentu aku melukis di mana-mana kertas yang aku jumpa. Yang selalu aku lukis adalah design pakaian),
-         -  Menyanyi (Suara aku tak sedap mana pun. Cuma berani nyanyi dalam bilik tidur saja. Dulu pernah juga masuk ujibakat menyanyi. Tapi nampak saja kamera, terus gementar),
-          - Menulis lirik (Kira luahan hati aku. Chewah. Hehe..),
-          - Membaca buku novel (Ini memang aku paling suka. Sebab tu juga aku dipanggil ulat buku),
-          - Memasak kek (Sebab aku suka makan kek),
-          - Melihat drama korea (Ini pun memang aku suka. Terutama sekali kalau pelakon yang aku minat yang berlakon) &
-          - Aku juga suka mengumpulkan high heel (Aku baru saja ada 8 pasang high heel. Ingat nak beli lagi. Nak tambah koleksi.)

Info yang lainnya, masa ni aku baru sahaja habis belajar dalam bidang bisnis di salah satu kolej di Brunei iaitu, Laksamana College of Business. Maybe next year aku sambung belajar lagi untuk meneruskan ke peringkat seterusnya, HND. Impian aku adalah ingin membuka butik pakaian kerana aku memang minat fesyen. Sekarang ni aku kumpulkan semua lukisan aku dalam sketch book. Mudah-mudahan impian aku ini tercapai. Amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan