SINDIKET PENGEDAR DADAH ANTARABANGSA
BERHATI-HATI ! Diingati kepada semua rakyat
Negara Brunei Darussalam agar berwaspada terhadap Sindiket Pengedar Dadah
Antarabangsa didalangi oleh warga Afrika Barat yang berpengkalan dan beroperasi
secara berleluasa dirantau Asia.
Sindiket ini
dikenalpasti menyasarkan mangsa-mangsanya kepada warga Asia termasuk warga
Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebagai “Pengantar” yang akan mengedarkan dan menyeludup dadah diluar
negara ini.
TAKTIK-TAKTIK SINDIKET DALAM
MEMERANGKAP MANGSA-MANGSANYA DIDALAM INTERNET SERTA BENTUK TAWARAN YANG BERUPA
TIPU HELAH SINDIKET.
Sindiket ini
pada awalnya mengunakan Laman Web Sembang ataupun Internet Chatting untuk
memperdaya mangsa-mangsanya.
Antara
taktik-taktik dan khidmat yang sering ditawarkan sindiket ini di internet :-
- Mula-mula berkenalan melalui Internet dan bersembang-sembang. Setelah itu mereka akan cuba memikat dengan janji-janji manis.
- Mereka kemudian menjadikan lelaki ataupun wanita tersebut sebagai kekasih dan berjanji untuk menjadi teman hidup.
- Mereka menawarkan pekerjaan dengan bertopengkan syarikat yang sah.
- Mereka akan mengajak mangsa kesuatu tempat ekslusif diluar negara dengan menawarkan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh sindiket berkenaan.
- Seterusnya sindiket ini memperdaya mangsanya dengan menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan hanya sebagai “Pengantar” barang-barang yang tidak dimaklumkan kepada mangsa.
- Dalam memperdayakan mangsanya jua, sindiket ini akan memberikan satu beg yang diseludupkan dengan dadah kepada mangsa apabila berada di Lapangan Terbang iaitu semasa hendak berangkat (Check In).
- Sindiket ini tidak akan memberi sebarang maklumat tentang dirinya atau nombor perhubungan kepada mangsa.
Jika mangsa
tidak bernasib baik, sejurus ketibaan ke destinasi yang dituju mereka akan ditangkap
oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Setelah
ditangkap barulah mangsa menyedari akibat perbuatan mereka yang mudah
diperalatkan oleh sindiket berkenaan.
Akibatnya
mangsa mungkin dijatuhkan hukuman MATI
ataupun PENJARA.
PERANAN IBUBAPA DALAM MEMERANGI
SINDIKET DADAH ANTARABANGSA
- Ibubapa seharusnya mempunyai tanggungjawap untuk sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka.
- Ibubapa mestilah melindungi ahli-ahli keluarga mereka daripada tipudaya sindiket ini terutama dari aspek tawaran pekerjaan diluar negara dengan gaji lumayan kerana ia mungkin satu muslihat bahaya.
- Ketahui dan awasi siapa rakan-rakan rapat anak-anak.
- Sentiasa beri peringatan kepada anak-anak tentang ancaman sindiket pengedar dadah antarabangsa ini.
- Periksa kegiatan mereka terutama sekali apabila berinternet dengan menggunakan program Chatting.
- Ibubapa tidak harus percaya seratus peratus apa yang dinyatakan oleh anak-anak. Pantau pergerakkannya terutama apabila hendak pergi keluar negara walaupun bersama ahli keluarga, rakan sebaya dan orang yang dikenali.
PERANAN ORANG RAMAI DAN TIP-TIP UNTUK
MENGHINDARKAN DIRI DARI TERJEBAK
Orang ramai
juga berperanan sama dalam mengekang sindiket ini daripada berleluasa. Jesteru
itu orang ramai mestilah sama-sama berganding bahu untuk menanganinya.
- Tanamkan perasaan syak bila diarahkan membuat sesuatu khususnya apabila keluar negeri. Gunakan gerak hati dan kebijaksanaan dalam menilai sesuatu.
- Pastikan bagasi anda sentiasa dalam kawalan anda sendiri. Pastikan isi kandungan bagasi yang anda bawa.
- Elakkan menerima kiriman dari pihak yang tidak dikenali atau membawa sebarang bungkusan atau beg milik orang lain tanpa mengetahui isi kandunganya.
- Laporkan jika berlaku pencerobohan pada bagasi / bungkusan anda.
- Selidiki dengan lebih mendalam dan teliti jika ditawarkan peluang pekerjaan oleh mana-mana pihak yang diragui kesahihannya terutama sekali dari agensi luar negara walaupun ditawarkan oleh orang yang dikenali.
- Jangan teragak-agak untuk melaporkan sebarang maklumat jika mengetahui mengenai sindiket pengedar dadah antarabangsa ini kepada Biro Kawalan Narkotik.
SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA ANGGOTA
KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI KITA. WASPADA ! JANGAN BIARKAN DIRI KITA, KELUARGA
KITA SERTA WARGA KITA MENJADI MANGSANYA.
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI
KELDAI DADAH.
NO DRUGS AT ALL.
Macam mana dengan info di atas ?
Menarik bukan. Mungkin ada setengah orang atau saudara mara ataupun rakan anda yang
telah terkena dan terperangkap dengan sindiket dadah ini. Apa yang pernah aku
dengar, mangsa-mangsa yang pernah ditangkap di China akan dipenjarakan seumur
hidup. Menakutkan bukan. ;(
Cuba bayangkan kita dipenjarakan
seumur hidup di negara orang sehingga kita mati. Tidak lagi berpeluang untuk
berjumpa dengan keluarga kita lagi. Kita tidak dapat lagi mengulang kembali apa
yang telah berlaku.
Siapa yang pernah menerima panggilan
dari luar negara dan diberitahu yang anda telah memenangi hadiah duit sebanyak
$15, 000..? Padahal anda tidak pernah memasuki mana-mana peraduan. Rasa macam tak
percayakan. :o
Itu yang pernah terjadi kat aku. Pada
pagi itu aku telah menerima panggilan dari Indonesia. Lelaki itu telah
memberitahu aku bahawa aku telah memenangi hadiah berupa wang sebanyak $15,
000.. Terkejut beruk aku seketika. Yelah, siapa yang tak terkejut apabila
diberitahu memenangi duit yang banyak.
Lelaki itu beritahu yang aku telah mendapat
nombor 2 dalam peraduan pembelian minuman dan keputusannya itu telah disiarkan
di prabola. Lelaki itu tanya aku lagi, “Puan nak kami hantar duit puan melalui
bank ataupun terus dihantar ke rumah anda?”
Aku merasa hairan. Aku tidak pernah
masuk mana-mana peraduan pun dan macam mana mereka boleh mendapat nombor
telefon aku. Aku rasa was-was. Dalam fikiran aku, itu mungkin salah satu cara
sindiket membuat mangsa-mangsa terperangkap.
Tanpa berlengah lagi, aku pun menutup
telefon dan terus off telefon aku supaya mereka tidak dapat menelefon lagi.
Selang beberapa hari kemudian, aku menerima satu mesej dari nombor yang tidak
dikenali. Mesej itu berbunyi, “Call us back please we have big surprise for
you. 0088233010834.”
Lihat macam mana cara mereka
(sindiket) cuba untuk menarik mangsa-mangsanya dengan menawarkan wang yang
lumayan. Sebab itulah kita kena berhati-hati apabila mendapat panggilan yang
kita tidak ketahui dan jangan mudah terperangkap dengan tipu helah mereka.
“Jangan ditentang
matahari condong, takut terturut jalan tak berintis” Maksudnya sentiasa
beringat agar tidak mudah terpedaya oleh sesuatu yang nampak baik atau elok
rupanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan