expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 27 Disember 2013

KESAN PSIKOLOGI & EMOSI KEPADA KANAK-KANAK MANGSA PERCERAIAN





Siapa yang tidak takut dengan perpisahan/perceraian? Setiap pasangan pasti mengingini perkahwinan mereka bertahan sampai ke hari tua. Dalam 60% dalam perkahwinan seluruh dunia, pasangan yang telah berkahwin pasti akan bercerai. Alasan mereka kerana tidak ada lagi persefahaman diantara satu sama yang lain. Yang pastinya menjadi mangsa perceraian itu adalah anak mereka.

Mengikut kajian David Mahl, University of Texes, perceraian ibubapa boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi anak-anak bila dewasa, semasa menghadapi proses memilih teman hidup kelak. Ada juga setengah mereka fobia apabila mendengar nama perkahwinan kerana mereka takut akan mengalami apa yang orang tua mereka lalui.

Ada 3 jenis kumpulan utama kesan psikologi :

1.Modeller

Mereka yang mudah mencontohi kelakuan atau kelemahan perhubungan ibubapa mereka dan ini akan menimbulkan konflik diri, semasa berdepan dengan situasi untuk memilih teman hidup.

2.Strungglers

Mereka terlalu berjaga-jaga dan kerap mewujudkan sikap syak wasangka dan susah percaya kepada orang lain, terutama sekali dalam situasi memilih teman hidup.

3.Reconcilers

Mereka pelajari dari kelemahan pertalian ibubapa untuk memastikan perhubungan mereka dengan pasangan akan menjadi lebih baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan