As’salamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi sikit tentang
khasiat buah-buahan. Bagi orang yang inginkan badannya sentiasa sihat atau ingin
berdiet secara sihat, banyakkanlah makan buah-buahan. ^^~
Anggur
-
Buah yang membaiki darah dan menghaluskan bahan
pejal. Selepas memakan anggur, elakkan dari meminum air kerana ia akan
menyebabkan kesakitan yang serius.
Epal
-
Membantu
menurunkan risiko penyakit barah, angin ahmar dan sakit jantung. Makan buah
epal 20 hingga 30 minit sebelum makan
kerana ia akan membantu percernaan jus.
Pisang
-
Baik
untuk penyakit gas trointestinal tract. Pisang yang masak elok dimakan dari
yang mentah kerana ia mungkin akan membahayakan kesihatan.
Lemon
-
Baik
untuk sakit kepala kerana suhu panas, kepeningan, tekak perit, tachycardia,
muntuh-muntah dan loya. Untuk menghilangkan sakit kepala, gosokkan dahi anda
dengan kulit lemon dan tak elok untuk mereka yang mengalami batuk catarrhal.
Tembikai
-
Dicerna
dengan lebih mudah dan meningkatkan kegemukan. Ia adalah ubat diuretik yang
baik yang membantu pengalihan nephroliths
Oren
-
Makan
2 hingga 4 oren dalam sehari untuk mengelakan selesma, mencegah dan melarutkan
batu buah pinggang dan menjanjikan kadar kolesterol yang lebih rendah.
Kiwi
-
Ini
adalah suatu sumber baik untuk kalium, ,agnesium, vitamin E dan serat. Ia
mengandungi vitamin c sebanyak 2 kali ganda dengan sebiji buah oren.
Strawberi
-
Strawberi
mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang
paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada
penyakit barah.
Jambu dan Papaya
-
Kandungan
tertinggi vitamin c. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.
Papaya kaya dengan carotene, ini amat baik untuk mata.
Barli
-
Menurunkan
paras kolesterol.
Bagi sesiapa
yang tidak suka makan buah oren seperti aku ni, bolehlah ganti dengan memakan
buah kiwi atau jambu ataupun papaya. 3 jenis buah-buahan yang aku sebut tu pun
ada mengandungi vitamin c yang lebih tinggi dari buah oren. Korang juga boleh
buat salad buah-buahan supaya rasanya lebih enak. Ataupun korang boleh campur
buah-buahan itu ke dalam minuman coktail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan