expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 30 Disember 2013

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI ?




  • Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

    ---Dari segi kesihatan----

    Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

    Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

    Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

    Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

    Terus menuju kandungan air kencing.

    Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

    Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

    Benar, penyakit kristal ginjal.

    Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

    Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

    Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

    Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

    Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

    Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

    Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

    Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

    Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

    Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

    Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

    Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

    Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

    Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

    Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

    Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

    Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

    "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

    Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

    Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

    Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

    "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
    (HR Bukhari).

    Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

    Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

    Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

    Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

    Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

    Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

    INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

    “Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

    ~Surah Al-’Asr.

    Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

    Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

    Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

    Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

Sabtu, 28 Disember 2013

10 FAKTA KESIHATAN YANG MENGEJUTKAN



Ramai yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang makan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua… macam-macam caralah kan? tapi hari ni, saya nak dedahkan 10 fakta kesihatan yang boleh buat korang tersenyum, tersengih, ketawa, garu kepala, kerut dahi dan meletakkan dagu atas meja… jom kita tengok fakta kesihatan tu.

1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… melayan dengan makanan manis boleh membahayakan diri korang, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.

2. TIDUR SEJAM LEBIH MENGGEMBIRAKAN DARI $60,000
Macam pelik kan? tidur sejam lagi menggembirakan pulak. Tapi pakar psikologi, Daniel Kahneman dan rakan-rakannya dari US mengkaji, kenikan mendapatan isirumah hanya memberikan sedikit kesan gembira dalam hidup. Hakikatnya, kajian mencadangkan yang tambahan 1 jam waktu tidur setiap malam lebih menggimbaran dari mendapat $60,000.

3. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KORANG JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata.
Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.

4. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah bokeh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%. tapi.. kunyah gula-gula getah semata-mata sambil melihat je kertas ujian akan menyebabkan korang gagal ujian tu… hehe

5. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.

6. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.

7. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas amek duit kat ATM kan? ujian kebersihan yang dilakukan kat Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit.

8. WANITA ADALAH SEMBILAN KALI LEBIH BERKEMUNGKINAN UNTUK MENGALAMI PATAH HATI
ramai orang rasa yang diorang akan mati sebab patah hati, dan kajian telah membuktikan, sidrom patah hati, satu keadaan dimana pengeluaran adrenaline disebabkan oleh kejutan (sering dikaitkan dengan ketakutan atau keperitan) boleh menyebabkan kegagalan hati. Lebih mengejutkan, kajian juga mendapati perempuan 9 kali lebih berkemungkinan untuk mengalami gejala ini.

9. KURANG SATU PERATUS BAKTERIA PENYEBAB SAKIT.
Dalam kehidupan kita, kita dikelilingi bakteria. Hakikatnya, kulit manusia yang sihat diselaputi kira-kira 1000 jenis bakteria berbeza. Tapi biasanya kita didedahkan dengan kepercayaan yang bakteria adalah bahaya… Sebenarnya banyak bakteria yang baik untuk diri kita, termasuk yang hidup dalam kulit dan usus kita.

10. REGANGAN SEBELUM BERLARI MENGURANGKAN KETAHANAN.
Kebanyakan dari kita diajar untuk membuat regangan atau memanaskan badan sebelum bersenam, bagaimanapun, kajian terbaru mendapati regangan sebelum berlari mungkin tidak begitu berfaedah untuk senaman yang dilakukan. satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research mendapati regangan yang dilakukan sebelum berlari menyebabkan badan seorang pelari kurang cekap dan menyebabkan mereka kurang bertenaga.

Jumaat, 27 Disember 2013

KESAN PSIKOLOGI & EMOSI KEPADA KANAK-KANAK MANGSA PERCERAIAN





Siapa yang tidak takut dengan perpisahan/perceraian? Setiap pasangan pasti mengingini perkahwinan mereka bertahan sampai ke hari tua. Dalam 60% dalam perkahwinan seluruh dunia, pasangan yang telah berkahwin pasti akan bercerai. Alasan mereka kerana tidak ada lagi persefahaman diantara satu sama yang lain. Yang pastinya menjadi mangsa perceraian itu adalah anak mereka.

Mengikut kajian David Mahl, University of Texes, perceraian ibubapa boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi anak-anak bila dewasa, semasa menghadapi proses memilih teman hidup kelak. Ada juga setengah mereka fobia apabila mendengar nama perkahwinan kerana mereka takut akan mengalami apa yang orang tua mereka lalui.

Ada 3 jenis kumpulan utama kesan psikologi :

1.Modeller

Mereka yang mudah mencontohi kelakuan atau kelemahan perhubungan ibubapa mereka dan ini akan menimbulkan konflik diri, semasa berdepan dengan situasi untuk memilih teman hidup.

2.Strungglers

Mereka terlalu berjaga-jaga dan kerap mewujudkan sikap syak wasangka dan susah percaya kepada orang lain, terutama sekali dalam situasi memilih teman hidup.

3.Reconcilers

Mereka pelajari dari kelemahan pertalian ibubapa untuk memastikan perhubungan mereka dengan pasangan akan menjadi lebih baik.


Rabu, 25 Disember 2013

MAKANAN YANG KEKALKAN KESIHATAN & KECERGASAN MINDA



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi sikit tentang info sihat kepada semua. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.





 BERI BIRU

Penulis Superfoods RX : Fourteen Foods Proven to Change Your Life, Steven Pratt, menyifatkan makanan ini sebagai beri minda (brain berries). Menurut Pratt, dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa buah ini membantu melindungi otak daripada tekanan dan mengurangkan penyakit berkaitan dengan usia, seperti Alzheimer dan Dementia. Kajian juga berjaya membuktikan diet yang kaya dengan buah beri biru ini dapat memperbaiki kebolehan belajar dan kemahiran. Ini membuatkan tubuh lebih cergas dan sihat. Dicadangkan bahawa anda mengambil secawan beri biru setiap hari sama ada secara mentah, beku ataupun kering.





SALMON

Ikan laut dalam, misalnya ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega 3 amat baik untuk kecergasan otak. Ikan salmon mengandungi pepejal anti radang. Selain ikan salmon, ikan sardin dan herring juga turut kaya dengan asid lemak omega 3. Disarankan sejumlah 4 auns di dalam hidangan anda mengandungi makanan ini dan anda boleh mengambilnya sebanyak 2 atau 3 kali sehari.




KEKACANG & BIJI-BIJIAN

Makanan jenis ini kaya dengan sumber vitamin E dan ia merupakan sumber terbaik vitamin E. Pratt juga turut menjelaskan kadar vitamin E yang tinggi boleh membantu mengelakkan kemerosotan ingatan ketika usia semakin meningkat. Anda boleh memilih untuk menikmati Walnut, Hazelnut, Brazil Nut, Filberts, Badam, Gajus, Almond butter, Kuaci Bunga Matahari, Bijin dan Flax Seed. Anda juga boleh mengambil kekacang dan bijian yang telah diproses misalnya mentega kacang, mentega badam dan tahini. Pengambilannya boleh dipelbagaikan sama ada ambil secara mentah atau dipanggang, asalkan ia rendah kandungan sodium sudah memadai.

Isnin, 23 Disember 2013

KHASIAT BUAH-BUAHAN



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi sikit tentang khasiat buah-buahan. Bagi orang yang inginkan badannya sentiasa sihat atau ingin berdiet secara sihat, banyakkanlah makan buah-buahan. ^^~


Anggur
-         Buah  yang membaiki darah dan menghaluskan bahan pejal. Selepas memakan anggur, elakkan dari meminum air kerana ia akan menyebabkan kesakitan yang serius.

Epal
-         Membantu menurunkan risiko penyakit barah, angin ahmar dan sakit jantung. Makan buah epal 20 hingga 30 minit sebelum makan  kerana ia akan membantu percernaan jus.

Pisang
-         Baik untuk penyakit gas trointestinal tract. Pisang yang masak elok dimakan dari yang mentah kerana ia mungkin akan membahayakan kesihatan.

Lemon
-         Baik untuk sakit kepala kerana suhu panas, kepeningan, tekak perit, tachycardia, muntuh-muntah dan loya. Untuk menghilangkan sakit kepala, gosokkan dahi anda dengan kulit lemon dan tak elok untuk mereka yang mengalami batuk catarrhal.

Tembikai
-         Dicerna dengan lebih mudah dan meningkatkan kegemukan. Ia adalah ubat diuretik yang baik yang membantu pengalihan nephroliths

Oren
-         Makan 2 hingga 4 oren dalam sehari untuk mengelakan selesma, mencegah dan melarutkan batu buah pinggang dan menjanjikan kadar kolesterol yang lebih rendah.

Kiwi
-         Ini adalah suatu sumber baik untuk kalium, ,agnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin c sebanyak 2 kali ganda dengan sebiji buah oren.

Strawberi
-         Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang  paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

Jambu dan Papaya
-         Kandungan tertinggi vitamin c. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, ini amat baik untuk mata.

Barli
-         Menurunkan paras kolesterol.


Bagi sesiapa yang tidak suka makan buah oren seperti aku ni, bolehlah ganti dengan memakan buah kiwi atau jambu ataupun papaya. 3 jenis buah-buahan yang aku sebut tu pun ada mengandungi vitamin c yang lebih tinggi dari buah oren. Korang juga boleh buat salad buah-buahan supaya rasanya lebih enak. Ataupun korang boleh campur buah-buahan itu ke dalam minuman coktail.

Ahad, 22 Disember 2013

PERAMBAHAN BRUNEI



As’salamualaikum...
Hari ini aku nak share tentang perambahan Brunei yang selalu digunakan dalam percakapan sehari-harian di Brunei. Tentu ada sesetengah orang yang belum tahu tentang perambahan Brunei. Ia hampir sama dengan simpulan bahasa ataupun perumpamaan tetapi perambahan Brunei menggunakan perkataan Brunei. ^^~


Amai Tangan : Suka menjangkau-jangkau sesuatu tanpa tujuan.
Contoh : Anak Mak Timah amai tangan jika berada di kedai.

Anak Aku-Akuan : Anak yang diangkat pada nama sahaja kerana mengambil sukut (tuah) tetapi masih dalam tanggungan ibubapa yang sebenarnya.
Contoh : Zaki adalah anak aku-akuan Pak Dolah sejak dari dia lahir.

Bakulat-kulat : Sentiasa berada di suatu tempat.
Contoh : Badrul sering bakulat-kulat di gerai mamak di seberang rumahnya.

Basah Karing : Bekerja dengan tidak mengenal penat dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Contoh : Pak Amir bekerja tanpa menghiraukan basah karing demi menyara keluarganya.

Cakap Inda Badinding-Dinding : Orang yang bercakap lancang mengenai seseorang atau sesuatu.
Contoh : Mak Tipah selalu cakap inda badinding-dinding ketika berbual-bual dengan kawan-kawannya.

Kalung Hati : Kurang selera makan atau minum kerana terkenang akan seseorang yang dikasihi.
Contoh : Suraya kalang hati kerana Absyar pergi ke luar negeri selama 3 tahun.

Kapir Malaun : Orang yang jahil tentang agama.
Contoh : Yusri itu kafir malaun kerana tidak tahu tentang agama.

Macam Menunggu Sungai Inda Baulu : Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba.
Contoh : Lela duduk macam menunggu sungai inda baulu di lapangan terbang.

Panas Tangan : Tidak dapat berjimat-cermat walaupun mempunyai pendapatan lumayan.
Contoh : Ikmal seorang yang panas tangan jika mendapat gajinya pada setiap hujung bulan dan habis begitu sahaja.

Bagi sesiapa yang ada namanya sama dengan nama yang aku tulis di atas, aku minta maaf, lah. Dah tak tau nak bagi nama apa lagi. Lagipun aku hanya pakai untuk memberi contoh sahaja... ^^~