Khasiat Peria Untuk Kesihatan | Peria memang pahit rasanya apabila dimakan. Walaupun begitu di sebalik rasa pahit tersebut tersimpan khasiat yang mungkin tidak disedari oleh sesetengah daripada kita.
Peria mengandungi pelbagai zat makanan
yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram peria
mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9 gram
karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan
56miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Peria juga mengandungi 140 gram
karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram),
fosforus (10 miligram),dan kalium (I 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah
garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain
itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I
(0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C(53
miligram).
Di Filipina contohnya, daun
peria yang telah dilumatkan akan diletakkan ke dalam mulut bayi yang
baru lahir untuk merangsang sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu ia
juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Dalam
perubatan China pula, air daripada perahan buah peria digunakan untuk
merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam
darah.
Selain itu dengan memakan peria anda juga akan dapat satu penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan bahagian dalaman tubuh anda. Peria selain dapat mengubati cirit-birit, ia juga bertindak sebagai anti radang, menurunkan panas dan juga menyegarkan badan. Jika anda mengalami masalah membuang air besar bolehlah meminum air rebusan daun peria. Bukan itu sahaja kegunaan peria. Peria juga boleh menyuburkan rambut bayi, mematangkan bisul serta menghilangkan bekas luka.
Walaupun peria banyak khasiatnya namun
begitu bukan semua orang boleh memakan buah peria ini. Bagi mereka yang
alah kepada peria atau sebarang tumbuhan dari keluarga tumbuhan
Cucurbitaceae anda dinasihatkan agar tidak memakan peria kerana ia boleh
menyebabkan alahan seperti ruam, gatal ataupun sesak nafas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan