Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi
dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh
badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:
pada waktu pagi selalunya anda akan
memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan
menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam
di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan
pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat,
kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka
tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga
boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan
mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia
dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen
untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah
tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan
penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu,
penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali
peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami
depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu,
ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan
meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah
putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan
virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang
penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan