
Captain mengucapkan
terima kasih pada pembaca setia blog ini dan di malam terakhir Ramadhan
yang dimuliakan, captain mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin sekiranya terdapat kesilapan
dalam penulisan ini.
Kepada anda yang balik
ke kampong nun jauh di utara, selatan dan pantai timur. Pandulah dengan
cermat dan sampai ke destinasi dengan selamatnya.
Kepada ibu-ibu yang
mengandung ada satu doa yang baik diamalkan sepanjang perjalanan balik
supaya kandungan anda sentiasa dipelihara-Nya sepanjang masa. Diambil
dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah selalu sehingga anda selamat bersalin nanti.
Semuga bayi anda
dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. Dikurniakan anak yang soleh
dan taat akan perintah Allah SWT. Anak yang baik dan tidak derhaka.
Moga-moga dirahmati-Nya.



Maksudnya:
Ayat 91:
Dan
(sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan
kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami
jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan
Kami) bagi umat manusia.
Ayat 92:
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
Ayat 93:
(Kebanyakan
manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama
mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk
menerima balasan).
Sekian, wasallam.
Sumber : http://www.resepirahsiaku.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan