expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 21 Januari 2014

FAKTA - 5 BAHASA YANG PALING SUSAH DIPELAJARI


Mempelajari bahasa asing memang bukan hal yang mudah. Ada huruf yang berbeza, susunan kata yang tidak biasa, sampai pengucapan kata yang asing di lidah.

Menurut kajian, seseorang paling mudah mempelajari bahasa dengan susunan kata dan pengucapan yang mirip dengan bahasa sehari-harinya. Masing-masing bahasa mempunyai kesulitan yang berbeza.Berikut lima bahasa yang paling sukar dipelajari seperti dikutip dari thirdage.

1. China
Bahasa China dianggap sukar dipelajari kerana sangat menekankan pada intonasi. Penekanan intonasi yang berbeza boleh membuat erti kata yang diucapkan sangat berbeza. Tak hanya itu, ribuan huruf China yang sukar dan rumit membuat bahasa yang cukup popular di dunia tersebut makin susah untuk dipelajari.


2. Arab
Untuk orang Eropah, bahasa Arab mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan bahasa mereka.Membaca tulisan dalam bahasa Arab juga dianggap agak sukar kerana pengucapan vokal yang agak berbeza dengan bahasa Inggeris. Sama seperti bahasa Cina, huruf-huruf Arab juga menjadi salah satu kesulitan jika ingin cepat mempelajari bahasa ini. Perubahan bentuk huruf dalam kalimat yang berbeza ketika suatu huruf digabungkan juga membuat belajar bahasa Arab lebih mencabar.

3. Jepun
Lagi-lagi bahasa dengan huruf yang rumit masuk dalam senarai ini. Jepun, seperti sudah banyak diketahui mempunyai ribuan karakter dengan sifat yang berbeza. Selain ribuan karakter, ada tiga cara penulisan dan dua jenis senarai suku kata membuat orang harus mempunyai ingatan yang kuat ketika mempelajari bahasa Jepun.

4. Korea
Struktur kata, pemahaman kalimat, dan konjugasi kata kerja yang berbeza membuat bahasa Korea bukan bahasa yang mudah diserap. Selain struktur penggunaan kata, huruf-huruf Korea yang tak kalah rumit juga membuat bahasa asal bintang K-Pop tersebut sukar dipelajari dengan cepat.

5. Hungaria
Bahasa Hungary dianggap sukar dipelajari kerana tidak mempunyai persamaan atau rumpun yang sama dengan bahasa apa-apa pun. Tidak seperti bahasa Melayu (MALAYSIA) yang mempunyai beberapa persamaan dengan bahasa Indonesia, bahasa Hungary tidak mirip dengan bahasa apa-apa pun. Kerana itu seseorang harus bermula dari sifar untuk mempelajarinya.

Kesulitan lain ketika mempelajari bahasa Hungary adalah bahasa ini memiliki sifat kata untuk penyebutan feminin, maskulin, dan neutral gender. Selain itu, 7 konjugasi yang berbeza juga membuat bahasa negara yang terletak di benua Eropah tersebut makin rumit untuk segera difahami.

Isnin, 20 Januari 2014

KETAHUI BAHASA SENYUM




Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita. Kita juga boleh kenal pasti emosi seseorang dengan cara mereka senyum.Apabila seseorang senyum, tidak semestinya dia gembira. Terdapat 3 jenis senyum :-




 1-Senyuman tanpa mendedahkan gigi.

Ia adalah senyum yang asas.Apabila seorang senyum tanpa mendedahkan giginya, dia sebenarnya senyum kepada dirinya.Ia juga digelar sebagai senyum ahli politik.


  
2-Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas.

Seseorang yang senyum dengan cara ini apabila ada pertembungan mata dengan orang lain. Ia adalah senyuman apabila seseorang bertemu dengan orang lain yang dikenali seperti rakan,pengikut yang rapat ataupun ahli keluarga.

 




3-Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawah.

Senyuman jenis ini selalu dilihat apabila seseorang dalam keadaan gembira dan mata akan mengecil ataupun seolah-olah terpejam.

Jumaat, 17 Januari 2014

FAKTA 6 KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Khamis, 16 Januari 2014

15 AKTIVITI YANG BERLEBIHAN BAHAYA UNTUK WANITA


Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.

Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:
  •     Merosakkan tulang.
  •     Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  •     Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
  •     Merosakkan lipatan daging.
  •     Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  •     Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
  •     Merosakkan urat.
  •     Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya
4. Terlalu lama melihat
  •     Merosakkan darah.
  •     Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
  •     Merosakkan tenaga.
  •     Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  •     Selalu berangan-angan.
  •     Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  •     Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
  •     Merosakkan usus
  •     Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
  •     Merosakkan hati.
  •     Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
  •     Merosakkan limpa
  •     Kulit muka cepat berkedut
  •     Haid tidak menentu
  •     Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  •     Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
  •     Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
  •     Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
  •     Merosakkan ginjal.
  •     Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
  •     Merosakkan pundi hempedu.
  •     Gejala pening kepala kerap dialami.
  •     Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
  •     Merosakkan pencernaan.
  •     Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  •     Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
  •  Merosakkan otot dan lambung.
  •  Badan dan payudara menjadi lembik.
  •  Berat badan meningkat.
  •  Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

 

Isnin, 13 Januari 2014

KHASIAT BUAH PISANG YANG ANDA TIDAK DIKETAHUI







1. Darah tinggi dan Strok – Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol – Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-Birit – Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia – Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan – Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu seseorang menjadi tenang.

6. Pening-Pening – Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur dengan madu lebah.

Ahad, 12 Januari 2014

SEBAB HARUS KURANGKAN MAKAN MEE SEGERA



Mee segera merupakan makanan yang paling mudah dimasak dan digemari orang ramai. namun, terdapat keburukan makan mee segera jika selalu mengambil pemakanan mee segera sebagai jamuan harian. berikut merupakan 10 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:

1. Penyerapan Nutrien
Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Risiko Menghadapi Kanser
Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.

3. Keguguran
Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilanboleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.

4. Makanan Ringan
Mee segera diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

5. Sodium
Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

6. MSG
Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet mereka, maka mereka akhirnya akan mengalami sakit kepala, curahan muka dan sakit.

7. Berat badan Yang Berlebihan
Makan Mee adalah punca utama obesiti. Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.

8. Penghadaman
Mee segera adalah tidak baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan kembung.

9. Propylene Glycol
Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Ia melemahkan sistem imun badan kita. Ia mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati. Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.

10. Metabolisme
Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

Selasa, 7 Januari 2014

AIR ZAM ZAM SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN







Khasiat Air Zam-Zam memang tidak dinafikan lagi. Antaranya, amalan meminum Air Zam-Zam dapat membantu mempermudah proses bersalin. Juga, elok jika dapat dititiskan ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan. 




Sebelum minum Air Zam-Zam jangan lupa doa/selawat berikut;

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا
(ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN)
Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat

وَرِزْقًا وَاسِعًا
(WARIZQON WAASI'AN)
rezeki yang luas

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
(WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN)
ubat dari segala penyakit

اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني

ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII

Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.
 

Selepas doa/selawat, sebutkan hajat dan niat (agar mudah bersalin, bayi dan ibu sihat, dsb). Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik.

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK IBU MENGANDUNG






Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung | Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung.

Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:

1. Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
2. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
3. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
4. Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
5. Mencegah rasa mual

Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda,

Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).


Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.

Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.

Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.


Sumber:  http://fuh.my

Isnin, 6 Januari 2014

DOA MELINDUNG BAYI DALAM KANDUNGAN.


 
  
   
    


Salam,

Captain mengucapkan terima kasih pada pembaca setia blog ini dan di malam terakhir Ramadhan yang dimuliakan, captain mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini.

Kepada anda yang balik ke kampong nun jauh di utara, selatan dan pantai timur. Pandulah dengan cermat dan sampai ke destinasi dengan selamatnya.
Kepada ibu-ibu yang mengandung ada satu doa yang baik diamalkan sepanjang perjalanan balik supaya kandungan anda sentiasa dipelihara-Nya sepanjang masa. Diambil dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah selalu sehingga anda selamat bersalin nanti.
Semuga bayi anda dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. Dikurniakan anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT. Anak yang baik dan tidak derhaka. Moga-moga dirahmati-Nya.
21:91
21:92
21:93
Maksudnya:
Ayat 91: 

Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
Ayat 92:

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

Ayat 93:
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).

Sekian, wasallam.

Ahad, 5 Januari 2014

DOA HALANG DAN ELAK DIANIAYA OLEH SIHIR YANG DIHANTAR OLEH ORANG



Salam,

Doa ini baik diamalkan selepas setiap kali solat. Bacalah sekali sekurang-kurangnya atau lebih. Doa ini, In Sha Allah dapat menghalangkan sihir yang dihantar kepada anda dengan bertujuan menganiayai anda supaya mendapat musibah kerana cemburu, hasad dengki dll. Semuga menjadi amalan harian setiap kali selepas solat.


Terjemahannya.

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud Ayat 56).

Wasallam..

Sabtu, 4 Januari 2014

KENALI HATI : HATI YANG BERPENYAKIT





 Kenali Hati-Hati Yang Berpenyakit

Kenali Hati-Hati Yang Berpenyakit | Assalamualaikum W.R.T.. Apa khabar hati kita hari ini? Adakah kita sudah membersihkan hati kita dengan mengingati Allah dan istighfar?? Mari kita Kenali Hati-Hati Yang Berpenyakit ini. Semoga dapat memberikan peringatan kepada semua dan kita dapat bermuhasabkan diri kita. In shaa Allah..

Rasulullah saw mengajar kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niat. Jika niat buruk, maka buruk pula amalannya dan jika niat baik, baiklah amalannya. Walaupun niat buruk dan amalan nampak baik, hasilnya tetap tidak dipandang Allah.
Hati cerminan kepada segala perbuatan. Setiap kali bertindak, hati kita mencerminkan niat sebenar daripada perbuatan itu. Jadi, hati lebih menggambarkan perbuatan. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.

Justeru, Islam lebih condong menggarap hati daripada perbuatan. Kalau hati baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya, meskipun perbuatan kelihatan baik, belum tentu hatinya baik.
Seluruh amal ibadat yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati agar menjadi baik, contohnya puasa. Tujuan berpuasa ialah mendapatkan kemampuan mengendalikan diri atau disebut takwa dalam terminologi Islam.

Takwa contoh kualiti hati. Orang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk. Orang bertakwa juga bersedekah ketika tiada mata melihat dan berbuat baik ketika semua orang menjadi jahat.

Seluruh aktiviti ibadah kita bertujuan melembutkan hati yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti, sedangkan hati kasar dan keras tertutup terhadap sekitarnya seperti firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 72 yang bermaksud:

“Dan siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.”

Dalam Islam, ada beberapa tingkat kualiti hati yang buruk iaitu hati berpenyakit, keras, membatu, tertutup dan mati. Orang yang iri dan hasad dengki, benci, dendam, pembohong, kasar, pemarah dan sebagainya, dikatakan memiliki hati berpenyakit seperti disebutkan dalam surah al-Baqarah, ayat 10 yang bermaksud:

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”

Hati yang pada awalnya berpenyakit, jika tidak segera diubati akan mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatan itu kerana sering diulang dan menjadi biasa.
Mereka menganggap apa yang mereka kerjakan adalah benar malah normal seperti firman Allah dalam surah al-An’aam, ayat 43 yang bermaksud:

“Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka sudah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang selalu mereka kerjakan.”

Hati yang keras kalau tidak segera disedarkan akan meningkatkan keburukannya.

Al-Quran menyebut sebagai hati yang membatu semakin mengeras daripada sebelumnya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 74 yang bermaksud:

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu itu sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya dan antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.”

Sesuatu yang sudah mengeras menjadi batu tentu sukar dilembutkan kerana sifat batu tidak akan lembut kecuali jika dihancurkan menjadi kecil tetapi bukan lembut. Begitulah juga hati, sukar melembutkan hati seperti tidak mungkin melembutkan batu menjadi kapas. Selepas itu, hati menjadi tertutup apabila tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk.

Allah mengatakan hal itu dalam firman-Nya dalam surah al-Muthaffifin, ayat 14 yang bermaksud: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.”

Akhirnya hati bagai dikunci mati iaitu tidak boleh langsung berfungsi. Hal ini diungkapkan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah sudah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan pembabitan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.”


P/S: Nauzubillah. Selalu bekalkan makanan rohani kepada diri kita. Sama-sama lah kita.. dengan mengingati Allah, hati kan menjadi lebih tenang.. =)

Wallahualam.. Wassalam..

Sumber : http://gilerkentang.com

Jumaat, 3 Januari 2014

7 PUNCA KENAPA ANDA MAKAN BANYAK KALI !



Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.

Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.

(2) Makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran
Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.

(5) Tidak minum teh kurang gula
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.

Khamis, 2 Januari 2014

KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN







Khasiat Peria Untuk Kesihatan | Peria memang pahit rasanya apabila dimakan. Walaupun begitu di sebalik rasa pahit tersebut tersimpan khasiat yang mungkin tidak disedari oleh sesetengah daripada kita.


Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.




Peria juga mengandungi 140 gram karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram), fosforus (10 miligram),dan kalium (I 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I (0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C(53 miligram).




Di Filipina contohnya, daun peria yang telah dilumatkan akan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsang sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu ia juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Dalam perubatan China pula, air daripada perahan buah peria digunakan untuk merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam darah. 


Selain itu dengan memakan peria anda juga akan dapat satu penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan bahagian dalaman tubuh anda. Peria selain dapat mengubati cirit-birit, ia juga bertindak sebagai anti radang, menurunkan panas dan juga menyegarkan badan. Jika anda mengalami masalah membuang air besar bolehlah meminum air rebusan daun peria. Bukan itu sahaja kegunaan peria. Peria juga boleh menyuburkan rambut bayi, mematangkan bisul serta menghilangkan bekas luka.


Walaupun peria banyak khasiatnya namun begitu bukan semua orang boleh memakan buah peria ini. Bagi mereka yang alah kepada peria atau sebarang tumbuhan dari keluarga tumbuhan Cucurbitaceae anda dinasihatkan agar tidak memakan peria kerana ia boleh menyebabkan alahan seperti ruam, gatal ataupun sesak nafas.

Sumber: http://fuh.my

Rabu, 1 Januari 2014

HAPPY NEW ISLAMIC YEAR 2014







Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2014 kepada keluarga aku, kawan-kawan aku dan kepada semua yang membaca blog aku yang tidak seberapa ini. 

Semoga pada tahun 2014, kita akan menjadi orang yang lebih baik, soleh/solehah dan lebih matang dari yang sebelumnya. Walaupun kita sudah meninggalkan tahun 2013, tapi kenangan manis dan pahit pada tahun lepas tetap akan kita ingati. Apa yang buruk, kita jadikan suatu pengajaran.

Pada tahun 2014 ini pasti ramai yang mempunyai azam yang baru. Azam aku untuk tahun ini adalah untuk berjaya didalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. So, apa azam korang untuk tahun baru ini ?

 'Buang yang keruh, ambil yang jernih...'

Sekian. Wasalam.